Saturday, September 8, 2012
Z A K A T & A S N A F
Ada yang masih keliru dan masih tidak tahu apakah yang dimaksudkan dengan zakat asnaf dan apa itu asnaf. insyaAllah diharap anda akan memahaminya dan dapat menyampaikan kepada rakan-rakan kita mahupun sesiapa jua di luar sana..
Zakat adalah salah satu pintu amal, pintu kebaikan dan pintu untuk mendapat pahala yang besar.
Asnaf ialah golongan yang layak menerima zakat.
“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam solat dan mereka yang meninggalkan perkara yang sia-sia dan juga mereka yang mengerjakankan zakat” (Al-Mukminun : 1-4)
Harta dan rezeki yang ada pada kita adalah pinjaman atau pemberian Allah untuk kita uruskan penggunaannya. Ia tidak kekal pada kita, bahkan ada tuntutan yang perlu kita dilaksanakan sebagai pengurus harta tersebut. Salah satu tuntutan tersebut ialah zakat.
ASNAF @ Golongan yang layak menerima zakat.
1)Fakir
Orang yang tidak mempunyai harta atau usaha yang dapat menghasilkan 50 peratus daripada keperluan hidupnya seharian (pendapatannya kurang daripada 50%).
2)Miskin
Orang yang mempunyai harta dan usaha yang dapat menghasilkan lebih daripada 50% untuk keperluan hidupnya seharian tetapi tidak mencukupi. (Pendapatannya tidak mampu memenuhi keperluan harian).
3)Amil
Orang yang dilantik atau pekerja-pekerja (kakitangan) yang boleh dipercayai mengurus hal ehwal zakat, mengumpul dan membahagikan kepada yang berhak menerimanya sesuai dengan Hukum Syarak.
4)Muallaf
Orang yang baru memeluk Islam dan keimanannya belum lagi kukuh. Mereka ini perlu dijinakkan hatinya ataupun seseorang yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam.Nota: Mereka yang telah bertahun-tahun memeluk Islam terkeluar daripada asnaf muallaf.
5)Al-Riqab
Hamba yang dijanjikan oleh tuannya untuk dimerdekakan dengan cara menebus dirinya dengan sejumlah wang. Dan juga, membebaskan kaum muslimin daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan sama ada dari segi fizikal, mental, kejahilan ataupun terkongkong di bawah penguasaan orang yang zalim.
6)Al-Gharimin
Orang yang terpaksa berhutang disebabkan keperluan mendesak yang tidak berlebih-lebihan bagi diri dan masyarakat Islam yang bukan kerana maksiat (nafsu).
7)Fisabilillah
Aktiviti-aktiviti atau perjuangan di jalan Allah S.W.T seperti menegak syiar Islam, menuntut ilmu dan seumpamanya.
8)Ibnu Sabil
Orang yang kekurangan bekalan dalam perjalanan dengan tujuan baik seperti menyiarkan ajaran Agama Islam dan seumpamanya.
Menurut para fuqaha dan ahli tafsir. Penggunaan huruf 'Li' di awal asnaf empat dan 'Fi' bagi empat asnaf berikutnya dalam surah Al-Taubah ayat 60 sudah menunjukkan hak asnaf bagi harta zakat dan menafikan masuk campur pengurus dan pentadbir zakat menggunakan harta tersebut. Dalam surah Al-Taubah ayat 60 Allah Taala berfirman:
إنما الصدقات للفقراء والمساكين والعاملين عليها والمؤلفة قلوبهم وفي الرقاب والغارمين وفي سبيل الله وابن السبيل فريضة من الله والله عليم حكيم
'Li' bagi empat asnaf iaitu fakir, miskin, amil dan muallaf menunjukkan harta tersebut menjadi milik sempurna bagi mereka dan boleh digunakan untuk apa sahaja bagi urusan kehidupan asnaf tersebut. Manakala 'Fi' bagi ansaf al-Riqab, al-Gharimin, Fi Sabilillah dan Ibnu Sabil menunjukkan harta zakat tersebut mesti dimanfaatkan dalam skop yang telah ditetapkan oleh syarak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment